Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca...

Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK...

Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah)

Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik"

Ya, saya setuju itu. Atukoi...

Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka.

Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah tampak similar dengan gelaran Sumandak.

Selain itu, sumandak-sumandak di Sabah juga mempunyai suara yang sedap...hehe..

Saya paling tertarik sumandak dari Tambunan Sabah yang memang sangat peramah.

Sumandak di Ranau pula saya tertarik dengan kepekatan loghat mereka yang sangat mencuit hati dan memberi satu perasaan yang penuh dengan kegembiraan. (tidak percaya? saya sarankan anda datang ke Sabah dan berjumpa sendiri dengan Sumandak)

Paling bagus kamu pigi masa Pesta Kaamatan, Pesta Kalimaran dan banyak lagi. UUYOO!!! banyak sumandak oo hehe...boleh cuci mata, bukan setakat cuci saja, boleh chat dengan sumandak lagi, Uhu memang syiok!....jangan lepaskan peluang, mari pigi Sabah...(hehe..promote sikitkan)

Tapi, diberi amaran bahawa jangan sesekali kasi "main-main" ini sumandak kerana mereka mempunyai satu adat yang diberi nama "SOGIT"

Sogit bermaksud denda yang diberi kepada pesalah yang melanggar peraturan dalam etnik Dusun

Jadi akhir kata, mengurat mengurat juga, tapi Sogit kena jaga, jangan sampai kena!!

Sumandak Ranau 
(Sumber: Bennyliew.com)

---space---

Sumandak Tenom
(copy url dari Flickr by eshark J)

---space---


Ah ne mcm Stacy....aku minat Stacy hehe
(Gambar dari Google aku search)

---spaceend---

Sampai sini dulu...

Jumpa lagi di lain Entri...

P/S: Pasang lagu ini semasa menulis entri ini..

(Sumandak-sumandak pun ramai menunggu, menari-nari lenggang Sumayau, Sekali melihat melepak kulitnya, saya Jatuh Cinta...lalalala....layan lagu Sayang Kinabalu)....

:D

-AcilKecik-
"Segalanya Tentang Perkongsian"

Ulasan

  1. tia cantik pun sumandak tenOm atu?? hehee

    BalasPadam
  2. No Name, sudah sia cakap, cantik itu bukan merujuk kapada paras rupanya seja, tapi budi bahasa...

    lagi, sia teda bah gambar butul-butul gambar sendiri. Sia mau ne ambil gambar sumandak Tambunan...heheh

    haha yang panting sumandak Bah!

    BalasPadam
  3. sy sumandak Ranau..hahaha

    BalasPadam
  4. Sorry late*..kalau suku rungus dipanggl sumuni bo :Dhe.he..

    BalasPadam
  5. Sorry late*..kalau suku rungus dipanggl sumuni bo :Dhe.he..

    BalasPadam
  6. Sorry late*..kalau suku rungus dipanggl sumuni bo :Dhe.he..

    BalasPadam
  7. sama2 daun tarap:D,,Bulan 5 nt plod pics unduk ngadau ya:D..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Di Sebalik Potachips